Hanis, Hairul Dikecam Netizen Kerana Tak Turun Mengundi PRU14


MASIH belum reda dengan bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), pelakon Hanis Zalikha dan suami Hairul Azreen tidak terlepas daripada dikecam netizen.

Pasangan pelakon ini dikecam gara-gara tidak memuat naik gambar jari kesan dakwat kekal sebagai tanda sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia seperti mana yang dibuat oleh rakan artis lain.

Pun begitu, Hanis dan suami tidak cepat melatah malahan mengakui kesalahan mereka dan menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku sebenarny.

"Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ia bukannya disengajakan. Ini kerana kami terlibat dengan tuntutan kerja. Jadi memang saya dan suami rasa ralat sangat.

"Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh dipinda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal," jelas Hanis ketika ditemui pada pelancaran Jakel Barulah Raya, semalam.

Antara selebriti lain, Azreen, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari dan Ayda Jebat turut dipilih sebagai wajah kempen raya Jakel.

Pada masa sama Hanis turut berjanji akan membuang undi untuk PRU15 nanti.

"Kami juga akan mengingatkan peminat kami untuk mendaftar sebagai pengundi dan turut sama-sama mengundi di PRU akan datang," ujarnya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com