Guan Eng Lari Dari Media, Elak Jawab Pendedahan Amran Ahmad


ALOR SETAR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad, yang mendedahkan DAP memfitnah kerajaan dan pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui risalah dan rakaman video.

Bagaimanapun, Guan Eng sebaliknya hanya mengatakan bahawa laporan yang didedahkan Amran itu tidak benar.

Katanya, Amran juga bukan pegawai khasnya seperti didakwa.

“Dia bukan pegawai khas saya, laporan itu tidak benar,” katanya, selepas program Jelajah Harapan di Flat Setia Jaya, semalam.

Guan Eng dilihat cuba mengelak media beberapa kali selepas program berakhir dengan bergegas meninggalkan pentas ceramah sambil bersalaman dengan orang ramai sehingga ke kereta.

Pada Sabtu lalu, Amran mendedahkan kejahatan DAP itu pada sidang media dan mendakwa semua bahan propaganda berniat jahat dan berunsurkan fitnah itu sudah siap dan akan diedarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian 9 Mei ini.

Beliau turut mendakwa, antara fitnah disebarkan parti pembangkang adalah isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Felda dan Tabung Haji, selain menyentuh perkauman, menghina agensi kerajaan, ekonomi, tol dan projek kerajaan lain.

Susulan pendedahan itu, Amran turut membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Terdahulu dalam ucapannya, Guan Eng menyindir kerajaan dengan memainkan isu harga minyak tidak naik sepanjang musim pilihan raya.

“Sebelum ini, setiap Rabu kita akan tengok harga minyak naik. Sepanjang lima minggu ini harga agak stabil. Disebabkan ada PRU, harga minyak tak naiklah, tapi jangan terlalu gembira sebab sebaik BN menang, harga pasti melonjak semula,” katanya memetik Sinar Online.

Guan Eng turut meminta rakyat melakukan gelombang tsunami untuk perubahan, termasuk di Sabah dan Sarawak yang dikatakan sebagai deposit tetap BN.

“Kalau tsunami di Semenanjung sahaja tak cukup, kita perlukan satu faktor lagi, iaitu pecahkan deposit tetap BN di Sabah dan Sarawak. Saya yakin pengundi di Sabah akan ubah, bendera Warisan lebih banyak dikibar di sana berbanding bendera BN,” ujarnya. - Kedahnews.com  

#TolakPakatan #PakatanDAP #HarapanPalsu #TsunamiPHitnah #TolakDAP #PRU14 #BersamaBN #KekalBN #JomBN #UndiBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com