GST: Pengguna Diminta Pantau Harga Barang Bermula 1 Jun


KUALA LUMPUR - Semua pengguna digesa memantau harga barangan yang dibeli sebelum dan selepas tarikh 1 Jun nanti.

Kata Ketua Unit Teknikal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Rozlan Mohamed Ali, ini kerana bermula 1 Jun nanti, sepatutnya akan berlaku penurunan harga selepas kadar GST ditukarkan dari 6 peratus ke kadar sifar.

"Bermula 1 Jun ini, semua barang akan dikenakan dengan kadar sifar. Jadi akan berlaku penurunan harga pada tarikh berkenaan.

"Oleh itu, sangat penting semua pengguna untuk faham dan pantau harga yang dibeli sebelum dan selepas tarikh 1 Jun nanti. Pastikan harga yang dibeli nanti turun sebanyak enam peratus," kata Rozlan dalam sesi temu bual bersama Astro AWANI semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan arahan untuk memberhentikan kutipan GST bermula 1 Jun.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com