GST : Apa Pemimpin Pembangkang Pernah Cakap Sebelum Ini


Hari ini bukan main galak lagi pemimpin PH bercakap hendak hapus GST kalau mereka berkuasa di Putrajaya. Seolah olah esok mansuh GST, esok juga harga barang akan turun. 

Harga barang tidak akan turun. "Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, adakah anda merasakan harga barang akan turun? Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, harga barang nak turun ke tidak? 

Saya tidak merasakan itu akan terjadi" ini ulasan yang diberikan oleh Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd. Aziz Abu Bakar. Baca kenyataan penuhnya : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1739074216187527&id=1122306847864270

Jadi, janji manis hendak mansuh GST ini hanyalah laungan retorik sahaja. Dulu pembangkang sering laung janji kalau esok perintah, maka harga minyak akan turun. 

Kini tidak ada lagi laungan pasal minyak, bukti jelas selama ini pembangkang hanya menanam tebu di bibir sahaja. Lihatlah sahajalah dalam ceramah ceramah pembangkang, mana sebut hal manifesto mereka pun, sibuk cakap hal lain pula.

Samalah macam GST, rakyat banyak yang sudah terlupa apa yang pemimpin pemimpin pembangkang pernah sebut dahulu mengenai GST. 

Nurul Izzah pernah terlepas cakap taktik GST pada kadar 0% dalam Bajet Alternatif mereka pada tahun 2016 dan 2017. Nurul Izzah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Anwar Ibrahim pun puji GST. “Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efisien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2017.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pun puji sistem GST. “Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST. Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efesien dan dalam jangka masa panjang akan beri kebaikan kepada ekonomi negara” kata Azmin Ali pada 31 Oktober 2013 di parlimen.

Tiga orang ini, Anwar, Azmin dan Tun Daim sudah iktiraf GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus untuk ekonomi negara. Pembangkang tidak akan mansuh GST. Mereka hanya umpan janji itu untuk dapat undi semata mata. 

Rakyat kena ingat apa yang pembangkang pernah sebut pasal GST ini. India dan Arab Saudi contohi sistem GST Malaysia. 164 negara lain pun laksanakan GST dan kadar 6% GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia. 

Duit GST yang disoal ke mana perginya itu telah dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi BR1M, baucer buku, elaun JKKK, imam, tok bilal dan ramai lagi. Kalau mansuh GST, silap silap rakyat tidak dapat BR1M lagi. 

Teruskan nikmat BR1M yang dikongsi bersama oleh berjuta rakyat Malaysia ini. #BersamaBN #HebatkanNegaraku.

Sumber: Beruang Biru

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com