Fitnah BN Dan Najib Melalui Risalah Serta Video Itu Kerja DAP - Ahmad Bashah


ALOR SETAR - Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mendedahkan muslihat DAP yang kini sedang bergiat aktif meracuni pemikiran pengundi dan rakyat di saat-saat terakhir tempoh kempen PRU14.

DAP kini dilihat semakin taksub menyebarkan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan dan pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan Ahmad Bashah, agenda yang dimainkan DAP adalah semua bahan propaganda berniat jahat dan berunsurkan fitnah itu akan diedarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian 9 Mei ini.

"Saya rasa itu memang kerja DAP pun...dah lama mereka buat, lagi dekat (PRU) dalam dua hari ini, lebih banyak lagi fitnah-fitnah akan disebarkan oleh mereka.

"Mungkin sudah direka tiga atau enam bulan lalu, tapi tunggu saat-saat terakhir untuk nak sebarkan fitnah-fitnah ini. Ini kerja DAP, memanglah cuba nak meracunkan pemikiran pengundi-pengundi dan rakyat,"katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Kompleks Pekan Rabu Alor Setar, di sini, semalam.

Turut sama hadir, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Susulan tindakan kotor dan tidak sihat DAP dalam tempoh berkempen tersebut, Ahmad Bashah menasihati rakyat agar bijaklah menilai dan memahami agenda sebenar pembangkang dengan tuduhan yang sebegitu.

Bukalah mata dan lihat segala pembangunan dan kemajuan yang telah berjaya kerajaan BN bawakan di negeri Jelapang Padi ini dan jangan hanya mudah terpedaya dengan pemikiran kotor dibawa DAP.

"Dalam masa sama, kita pun akan mempertahankan dengan menceritakan apa yang sebenar. Kita tidak pernah membohongi rakyat selama ini.

"Kita hanya sebarnya mengenai apa yang sudah BN dan akan buat untuk menyakinkan rakyat. Kita tidak akan buat rekaan-rekaan yang hendak disebarkan dalam tempoh dua hari seperti pembangkang,"katanya. - Kedahnews.com



#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com