Fesyen ‘Popiah Simpul’ Neelofa: ‘On’ Tak ‘On’?


PENGACARA dan ahli perniagaan Neelofa sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang berani mengambil risiko dalam fesyen yang digayakannya, namun kali ini penampilannya lebih banyak dikecam netizen daripada dipuji.

Mengenakan persalinan boxy atau longgar dan turban yang diilhamkan daripada pentas peragaan pereka fesyen antarabangsa, Marc Jacobs, stail yang dikenakan oleh Neelofa,29, semasa majlis #10StailishRooms anjuran majalah stail.my, semalam teruk ‘dihentam’ netizen!

Antara kecaman yang ditulis oleh netizen pada ruangan komen di Instagram Neelofa adalah menyamakan beg pinggang yang dipakai olehnya itu seperti peniaga ikan di pasar, popiah simpul di Hari Raya dan Naruto!


“@nikaa26_:Apabila nak jual ikan tapi utamakan fesyen dahulu.”

“@hanasyaheeda: lady gagal in the house.”

“@nurdiyanahrabiatuladawiyah: Naruto versi muslimah ke ni?? 😂😂😂”

“@salmiah_husin: Mcm beg penjual rokok klu d sabah ni hahah”

“@muhammadimman: Di inspirasikn dari sami buddha.”

“@ellywatsup: Ini feshen mona fandey kan kan..?…mentang mentang la dukun baru klua.”

“@iamjeeha: W0w!!! kuih raya hot tahun ni.. Popia Simpul😋”

Kritikan netizen itu dikatakan berpunca daripada turban Neelofa yang dianggap tidak bersesuai dengan dirinya yang bergelar ikon wanita Muslim di Malaysia.

Malah, ada juga yang berpendapat Neelofa semakin lama seakan-akan menjadi mangsa fesyen oleh kerana sering menggayakan busana yang tidak kena dengan fizikalnya yang kecil molek.

Ini adalah bukti bahawa wang tidak semestinya dapat ‘membeli’ stail dan hormat orang lain, terutamanya dalam kalangan warga net Malaysia yang sangat kritikal dan lantang bersuara dalam hal yang membabitkan agama khususnya agama Islam.

Tapi, apa pendapat anda? ‘On’ ke tak ‘on’ gaya Neelofa ni? - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com