Dulu Dapat 27 Kerusi Sebab DAP, Tun M Ramal PAS Menang 11 Kerusi PRU14


ALOR SETAR -  Presiden Pakatan Harapan (PH) , Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan PAS akan mendapat 11 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) berbanding 27 kerusi pada PRU-13 yang lalu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, dahulu PAS hanya menang besar kerana bergabung dengan DAP namun kini Parti Islam itu bertanding pada PRU-14 hanyalah untuk memecah-belahkan orang Islam.

"Sekarang ini dia punya fatwa adalah PAS patut bertanding walaupun kalah untuk tarik pengundi supaya jangan undi Pakatan Harapan, beri kemenangan kepada UMNO.

"Dulu (PAS mendakwa) UMNO kafir tapi sekarang PAS berusaha nak bagi UMNO menang.

"Di mana kedudukan Hadi ini? Di mana-mana tempat pun tiada harapan (PAS menang).

"Kali ini Hadi kata dia nak bertanding 160 kerusi. Dia boleh dapat kerusilah, selain daripada itu tidak dapat. Niat tak baik. Kita bertanding sebab nak dirikan kerajaan, tukar kerajaan tapi PAS bertanding sebab nak yang buruk itu kekal, yang baik tersekat," dakwa calon Parlimen Langkawi itu dalam satu program 'Sepetang Bersama Kepimpinan Harapan di Bukit Changgang, Selangor, kelmarin.

Dr. Mahathir mendakwa pendiriannya sudah berubah sama sekali terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana calon Parlimen Iskandar Puteri itu dikatakan tidak seburuk yang disangka.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pembangkang merancang untuk memasukkan beliau ke hospital menjelang hari pengundian bagi meraih simpati pengundi, Dr Mahathir menafikan perkara itu.

"Saya tidak perlu ke hospital untuk mendapatkan undi simpati," katanya memetik Utusan Online.

Selain itu, beliau turut mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa Ahmad Zahid ada bertemu beliau untuk mendapat sokongannya selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, walaupun perkara itu sudah dinafikan Ahmad Zahid.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebelum ini turut menyatakan bahawa dakwaan Dr Mahathir itu tidak berasas kerana beliau lebih mengenali Ahmad Zahid. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#FakeNews
#TsunamiPHitnah
#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com