D’Tandoor Labur RM 3 Juta Untuk Produk Ready To Eat (RTE)


PUTRAJAYA – d’Tandoor Food Industries Sdn. Bhd. (d’Tandoor) telah melabur kira-kira RM3 juta untuk projek pengembangannya dalam portfolio perniagaan produk sedia dimakan atau Ready To Eat (RTE).

Pengurus Besarnya, Amir Malik berkata, pelaburan tersebut adalah untuk membangunkan pusat dapurnya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor bagi penghasilan menu produk RTE yang kini masih dalam peringkat kajian dan percubaan.

Menurutnya, pembiayaan yang diperoleh daripada SME Corp itu merupakan salah satu cara syarikat untuk terlibat dalam bidang peruncitan menjual produk RTE di pasar raya besar utama di seluruh negara.

“Kami bercadang untuk memperkenalkan dua menu baharu daripada segmen RTE seperti nasi mandy formulasi daripada resipi menu makanan ter­kenal dalam kalangan pelanggan d’Tandoor.

“Perniagaan ini bakal ber­operasi menjelang suku keempat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Ramadan bersama anak-anak yatim, persatuan sindrom down dan orang kurang upaya di cawangan d’Tandoor Putrajaya di Ayer@8, Presint 8 di sini baru-baru ini.

Malik menjelaskan, segmen bisnes baharu ini bakal menyumbang kepada pendapatan syarikat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tambah beliau, melalui usaha pengembangan tersebut, syarikat kini bersedia untuk membekalkan produk RTE kepada syarikat penerbangan pada masa depan.

d’ Tandoor yang kini telah memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam bidang makanan dan minuman, memiliki tujuh cawa­ngan di seluruh negara dan tujuh lagi cawangan di luar negara.

Antara cawangannya di pasaran domestik ialah di Butterworth, Pulau Pinang; Su­bang Jaya, Damansara Utama manakala cawangan di luar negara ialah di Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Kemboja. 

Sumber – Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com