Dr Mahathir Jumpa Anwar


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Wad Pusat Rehabilitasi Cheras di sini.

Difahamkan, pertemuan Perdana Menteri dan Ketua Umum PKR itu untuk membincangkan isu pelantikan barisan Kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pertemuan itu disahkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang berada di hospital berkenaan sejak pagi lagi.

"Saya sahkan Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar pada jam 5 petang tadi, namun saya tidak tahu mengenai butiran lanjut kerana tiada dalam perbincangan berkenaan.

"Bagaimanapun, tujuan pertemuan itu berkemungkinan berkaitan dengan pemilihan dan pelantikan anggota Kabinet baharu PH yang bakal diumumkan tidak lama lagi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan, pertemuan itu disertai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan; Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com