Dr Mahathir, Isteri Mengundi Di SK Titi Gajah


ALOR SETAR - Pengerusi gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah di sini kira-kira pukul 10.55 pagi.

Kenderaan yang membawa mereka dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan berhenti betul-betul di depan saluran satu tempat di mana kedua-duanya mengundi.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya meninggalkan lokasi tersebut kira-kira pukul 11.05 pagi. - Utusan



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com