Doktor Palsu Kerat Alat Kelamin Bayi


NEW DELHI - INDIA . Dua orang lelaki yang menyamar sebagai doktor kini diburu polis India kerana menyebabkan kematian seorang bayi lelaki dengan memotong alat kelamin bayi tersebut.

Tindakan kejam doktor palsu berkenaan adalah untuk meyakinkan ibu bayi itu bahawa anak yang baharu dilahirkan adalah seorang bayi perempuan.

Menurut kenyataan polis, ketika hamil lapan bulan, wanita terbabit menjalani ultrasound di sebuah klinik haram di daerah Chatra Timur, Jharkand di mana kedua-dua doktor palsu tersebut mengatakan pembedahan segera perlu dilakukan.

Bagaimanapun, setelah mendapati bayi yang dilahirkan itu adalah lelaki, mereka bertindak memotong alat kelamin bayi terbabit.

Bayi malang berkenaan meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

Pesalah bakal didakwa kerana menubuhkan klinik haram selain tidak memiliki ijazah perubatan yang sah.

Hakikatnya amalan doktor palsu dan klinik haram adalah sesuatu yang biasa terutamanya di kawasan luar bandar di mana penjagaan kesihatan formal adalah sangat terhad dan hospital swasta mengenakan caj perubatan yang mahal.

Sumber - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com