Dituduh Munafik: Hadi Awang Suruh Mahathir 'Belajar' Maksud 'Munafik' Dari Mufti


ALOR SETAR - Gara-gara dituduh seorang yang munafik oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mencadangkan agar Mahathir kembali merujuk dan ' belajar' semula maksud munafik daripada mufti.

Tegasnya, munafik merupakan istilah daripada agama Islam dan Mahathir bukannya ahli agama lantas menyebabkan beliau gagal memahami perkataan itu dengan baik sebelum menggelar orang sesuka hati.

"Patutnya saya tak jawab. Biar dia tanya mufti yang tahu agama, apa makna munafik itu... biar munasabah takrifnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ceramah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Alor Setar, semalam.

Terdahulu, Mahathir bertindak menggelarkan Hadi sebagai munafik gara-gara fitnah PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO. 

Tambah Abdul Hadi, beliau sebaliknya langsung tidak pernah melabelkan sesiapa sebagai kafir  malahan hanya menyebut tentang batas-batas iman dan kufur pada orang Islam.

"Dalam ucapan saya tidak pernah kata si anu, si anu kafir. Yang disebut hanya tentang batas-batas iman dan kufur pada orang Islam, itu sahaja.

"Mereka yang membawa budaya kafir-mengkafir dalam Pas masuk UMNO. Yang mana dalam politik kita tak bermusuh selama-lama, berkawan selama-lama. Cuma kita diajar berkawan ada batas, bermusuh ada batas. 

"Kerana suatu hari akan ada perubahan. Sebab itu saya nasihatkan orang Pas kalau berkelahi ada batas, politik matang dan sejahtera," ujarnya. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com