Dikala Kelab Dan ‘Group’ Sembah Mahathir Suruh Melayu Lap Punggung DAP, Ini Pula Yang DAP Lakukan


Tidak tahu kita hendak menggelarkan mereka-mereka dari kalangan Melayu yang bersungguh-sungguh mahu Melayu mencium tapak kaki DAP demi Mahathir.

Sedang Mahathir mengambil masa hampir 30 tahun menyuruh Melayu membenci DAP dan baru sahaja sembah kaki DAP beberapa tahun, mereka-mereka yang terdiri dari kalangan penyembah dan pentaksub Mahathir pula yang bersungguh-sungguh mahu melayu di seret ke rumah penyebelihan DAP.

Terkini, ketika kelab-kelab dan group-group pro-Mahathir sedang menjual nama DAP hanya kerana idola mereka sembah DAP untuk kepentingan peribadi idola, DAP pula bertindak berlawanan.

Jika sebelum ini, Superman DAP atau bekas DAP Hew Kuan Yau terang-terangan memberitahu kaum Cina jangan takut beri sokongan kepada Mahathir kerana “si tua” itu hanya alat “kita mahu sokongan Melayu” atau digunakan untuk “melayu skru melayu” sahaja.

Terkini, Nga Kor Ming, cucu dan saudara komunis pula secara terang memperbodohkan dan memperlekehkan Tun Mahathir.

Selain menjadikan Mahathir bahan gelak ketawa serta bahan lawak, Kor Ming juga memperlekehkan apa yang kelab dan group-group Mahathir sanjung dan puja.

Mahathir katanya akan dihantar naik ke langit sebaik sahaja habis tugasnya menghancurkan BN.

Begitu hina kedudukan Mahathir di sisi Kor Ming dan pemimpin DAP.

DAP sememangnya hebat di dalam sistem kiriman pesan.

Mereka apabila mengadap kaum mereka secara kecilan dan pencil akan bercerita yang sebenar khusus untuk halwa telinga penyokong “core” mereka.

Jika ada audience melayu, nada pemimin DAP  sama tetapi isinya lain sedikit ataupun dikatakan “adjusted speech” kerana tidak mahu Melayu yang hendak disembelihnya ketakutan untuk menyokong.

Sambil itu mereka membayar barua-barua seperti Wan Ji, Dyana, Mejar kayu Zaidi dan Saifuddin Nasution atau pun barua PKR Dr Affif untuk buat kerja kacau bangsa sendiri.

Begitulah hebatnya DAP.

Dalam ceramahnya Kor Ming membeitahu pendengar “orang tua” ini akan ada tugas lain selepas tumbangkan parti bangsanya sendiri, iaitu dia perlu mengadap Lee Kuan Yew yang sedang menunggunya di langit.

Itulah balasan Kor Ming kepada barua-barua  Kelab pro-Mahathir.

Sedang melayu bertaraf barua ini cuba puji melangit DAP, hanya sebab idola mereka mahu DAP, DAP pula tapak kakikan sahaja muka-muka barua Mahathir ini.

Agaknya sememang itu taraf mereka di sisi DAP.

Di kalangan penyembah Mahathir ini, ramai antara mereka berpelajaran tinggi dan berjawatan profesional hebat, tetapi kebodohan memuja mantan yang banyak skandal di era tiada Facebook dan di zaman kroni bukan melayu mendapat faedah.

Pendirian mereka adalah apa sahaja pendirian Mahathir.

Walaupun Mahathir hanya anggap mereka ini semua hanya citizen kelas dua kerana Mahathir hanya ada mata kepada para kroni dan sahabat ‘billionaire‘nya sahaja.

Demi mahu menutup malu mereka sebenarnya tidak dapat apa-apa daripada Mahathir dan anak (Daim sendiri mengaku Tun dan Mukhirz kedekut) mereka mengejek orang lain “makan dedak” untuk menutup rasa bodoh dan rasa dipinggirkan. Setelah tidak dapat berhujah berkenaan kebodohan menyokong idola yang memuja kroni dan banyak skandal lampau.

Sedang anak-anak serta cucu Mahathir mewah dan kaya raya hasil pemberian BR1M dari Mahathir, penyembahnya bangga tidak makan dedak.

Apapun, silalah pembaca lihat dan tonton video di bawah ini untuk menilai sendiri taraf penyokong Mahathir yang mahu bangsa mereka tinggalkan parti UMNO yang nyata boleh tingkatkan ekonomi “kroni” dan “anak” Mahathir dan sembah parti DAP. 

Sumber –TV14

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com