DAP Bisu Soal Mempergunakan Mahathir Bukti Nga Kor Ming Cakap Benar


ALOR SETAR - Sikap mendiamkan diri kepimpinan tertinggi DAP termasuk Lim Kit Siang membuktikan tindakan biadap dan celupar pemimpin DAP, Nga Kor Ming mendapat 'keredhaan dan restu' dari parti cauvinis itu.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti , Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyifatkan segala yang keluar dari mulut kepimpinan DAP itu menggambarkan niat sebenar mereka bahawa Tun Dr. Mahahtir Mohamad sememangnya sekadar 'kuda' tunggangan mereka bagi meraih undi Melayu.

"Kita boleh memperlihatkan bagaimana dia (Kor Ming) bersikap celupar dan biadap apabila mengata pemimpin (Dr. Mahathir) yang dibawa dalam gabungan pembangkang PKR diramal mati selepas berjaya menumbangkan BN.

"Makna kata dia tidak menghormati (hanya), DAP mempergunakan Dr. Mahathir. Patutnya rakyat kena tamatkan kuasa, masa depan dan jangan bagi ruang kepada orang yang biadap dan celupar macam ini," katanya di program Jualan Rakyat, di sini, semalam, petik Utusan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah mengulas mengenai ucapan Kor Ming dalam ceramahnya yang menyifatkan Dr. Mahathir menangguh kematian kerana mempunyai tugas penting untuk diselesaikan iaitu mengalahkan BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemimpin DAP itu turut 'mendoakan Mahathir panjang umur' sehingga misinya menjatuhkan BN selesai setelah itu 'bye-bye Mahathir'.

Sorotan itu, Ahmad Bashah menasihati rakyat di negara ini agar bijak menilai kerana DAP hanya meletakkan Mahathir di barisan hadapan demi mencapai matlamat untuk mengambil alih pemerintahan negara.

"Jelas DAP hanya pergunakan Dr. Mahathir demi kepentingan mereka, jadi rakyat di mana-mana pun jangan menyokong PKR yang di belakangnya adalah DAP... undi PKR adalah sama dengan mengundi DAP.

"Jangan membuat kesilapan, DAP cuma letak Dr. Mahathir di depan tapi pada masa sama bersikap biadap dan celupar apabila mengatakan Dr. Mahathir akan mengikut Lee Kuan Yew (selepas mengalahkan BN)," ujarnya. - Kedahnews.com



#HarapanPalsu 
#HarapanBohong
 #TolakDAP 
#PakatanDAP 
#SinsofMahathir          
#DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com