DAP Akan Menggunakan Dr. Mahathir Sehabis Mungkin


LANGKAWI - DAP akan menggunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sehabis mungkin, kerana mereka sedar bekas Perdana Menteri itu berada pada tahap paling mudah untuk dimanupulasikan ketika ini.

Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, DAP tidak akan memperdulikan dengan cara apa sekalipun asalkan mereka dapat mencapai matlamat utama untuk membentuk kerajaan.

Katanya, DAP juga sedar, inilah masa sesuai untuk DAP menggunakan calon PKR Parlimen Langkawi itu bagi men-capai cita-cita mereka sekali gus dalam masa sama mengajar Dr. Mahathir yang pernah dianggap sebagai musuh utama satu ketika dahulu.

“Kalau kita beranggapan bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan Dr. Mahathir sedangkan Dr. Mahathir adalah musuh politik mereka dahulu, itu sebenarnya bukan persoalan. Persoalan sekarang, DAP di bawah Lim Kit Siang akan menggunakan Dr. Mahathir sebaik mungkin.

“Dengan kerjasama tersebut, DAP akan mencapai dua matlamat sekali gus iaitu mengajar Dr. Mahathir dan kedua merealisasikan hasrat membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas program ceramah di pusat daerah mengundi (PDM) Temonyong di sini malam tadi.

Tambah Kamarul Azman, Dr. Mahathir ini sebenarnya tidak mempunyai kekuatan selain hanya bergantung kepada mainan persepsi dan emosi yang dimainkan oleh Pengerusi gabungan pembangkang PKR itu iaitu mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Kalau hendak bergantung kepada jentera, Dr. Mahathir sedar mereka tidak ada jentera di mana-mana tempat. Dr. Mahathir juga sedar faktor popularitinya sahaja tidak cukup untuk menang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada seluruh rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakyah yang dimain-kan oleh gabungan pembangkang PKR.

Katanya, pengundi perlu sedar bahawa Dr. Mahathir tidak akan berupaya membawa Malaysia menuju kege-milangan sekiranya sekali lagi beliau menjadi Perdana Menteri.

“Sebenarnya pengantungan terhadap nostalgia lama tidak akan membawa apa-apa faedah. Kalau kita pandang Dr. Mahathir daripada perspektif positif, biarlah beliau berehat. Jangan biarkan Dr. Mahathir menjadi kuda tunggangan DAP,” katanya.

Sumber – Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com