Dakwaan Musa Tinggalkan Negara Tak Benar


KOTA KINABALU - Penyebaran maklumat di laman sosial kononnya Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah meninggalkan negara dengan menaiki jet peribadi adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan pegawai Jabatan Ketua Menteri sambil menunjukkan bukti bergambar yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bersama anggota Kabinet negeri berada di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini.

"Ketua Menteri Sabah minum kopi bersama anggota Kabinet negeri yang baru di Sri Gaya malam ini (tadi).

"Beliau tidak meninggalkan negeri atau negara dan tidak bakar dokumen di pejabat," katanya menerusi WhatsApp, malam tadi.

Musa dan anggota Kabinet negeri yang baharu mengangkat sumpah di Istana Negeri, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengesahkan parti itu bersama PKR dan DAP memiliki 35 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Ia susulan enam ADUN BN menyertai WARISAN dan menandatangani deklarasi menyokong Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com