Dakwaan Hubungan Sulit Mat Sabu Dengan Wanita Jadi 'Peluru' PAS Untuk 'Tembak' PAN


Pendedahan sekumpulan individu yang mengaku ahli PAN Cawangan Kuala Kedah tentang hubungan sulit  Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dengan seorang wanita akan menjadi ' peluru' kepada PAS dalam kempen yang berbaki  empat hari lagi menjelang  hari mengundi pada 9 Mei ini.

Di samping itu, pendedahan skandal itu turut menjejaskan calon PAN termasuk mereka yang bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di negeri Kedah. 

Biasanya dawaaan seperti itu dibuat oleh parti lawan tetapi yang pelik kali ini daripada dalam parti itu sendiri.

Dalam hal ini  Presiden PAN dan calon PAN tidak boleh menyalahkan parti lain termasuk PAS dan BN dalam kempen dan ceramah..
.
Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu perlu segera membersihkan dirinya jika pendedahan  yang dibuat oleh ahli PAN Kuala Kedah  itu tidak benar.

PAS akan merampas semula Kuala Kedah daripada PKR selain  mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kundur, Kubang Rotan dan Anak Bukit.

Perebutan yang paling  senigt  ialah bagi kerusi DUN Pengkalan Kundur apabila Pengerusi PAN negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh bertembung  Pesuruhjaya PAS negeri, Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi selain calon BN yang juga seorang peguam, Datuk Abdul Halim Said.

Dakwaaan yang dibuat oleh PAN Kuala Kedah ketika tarikh mengundi semakin dekat itu menjejaskan usaha Dr. Ismail untuk memenangi kerusi itu yang ditinggalkan oleh timbalannya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

'Mat Sabu' terpalit kontroversi apabila beliau didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita. Lama dahulu semasa berada di dalam PAS beliau dituduh berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kota Bharu di Kelantan.

Dakwaan terbaharu  itu dibuat sekumpulan individu yang mengaku ahli PAN Cawangan Kuala Kedah pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Rizal Bakar, mendakwa menerima rakaman audio dan tangkap layar (screenshot) perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa antara Mat Sabu dengan wanita itu kira-kira seminggu lalu yang ditinggalkan di cermin depan keretanya.

"Saya mahu dia (Mat Sabu) jawab benar atau tidak. Apa sahaja jawapannya, kami akan buat satu lagi sidang media dalam tempoh 36 jam," katanya yang dipetik laman portal Free Malaysia Today (FMT).

Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi FMT dipetik sebagai berkata, beliau akan merujuk dakwaan itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Beliau yang akan bertanding di Parlimen Kota Raja Selangor  berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana perkara itu berlaku setiap kali pilihan raya umum.- Kedahnews.com.

#BersamaBN #HarapanPalsu  #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com