Daim Dakwa Bantuan Khas Kerajaan Kepada Pesawah Juga 'Rasuah'


Para pesawah tidak akan maju selagi terus menaman padi dan bantuan khas kerajaan yang diberikan kepada golongan itu adalah  'rasuah' untuk mendapatkan undi pada pilihan raya umum.

"Mana ada orang sawah jadi jutawan," kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin semasa menjawab pertanyaan penyokong parti pembangkang  yang hadir pada majlis santai Pakatan Harapan di pejabat operasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pendang.

Daim yang menjadi Menteri Kewangan semasa era pentadbiran Dr. Mahathir mahu pesawah bertukar 'kerjaya' kepada bidang perindustrian secara besar-bersara dan mahu anak-anak pesawah berhijrah untuk mengubah cara hidup 

Menurut Daim, sejak dahalu beliau tidak mahu petani seumur hidup bersawah sebaliknya mencadangkan tanah sawah yang ada digunakan untuk tanaman lain yang boleh mendapatkan hasilnya lebih tinggi.

Beliau dan Dr. Mahathir pernah mencadangkan agar dibeli tanah sawah di luar negara dan melabur di Thailand dan Amerika Syarikat untuk  penanaman pagi kerana kos lebih murah.

Namun sepanjang 22 tahun Dr. Mahathir berkuasa beliau tidak melaksanakan cadangan itu dan golongan pesawah kekal berpendapatan rendah.

Ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, beliau melihat golongan petani sama penting seperti juga penoreh dan golongan nelayan.

Pesawah terus dibantu ketika kos hidup semakin meningkat dan sebagai menghargai jasa serta pengrobanan mereka mengeluarkan makanan asasi untuk keperluan penduduk negara. .

Najib ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Pesawah Peringkat Negeri Pahang pada Sabtu lalu berkata golongan petani terutama pesawah sentiasa dalam perhatian kerajaan Barisan Nasional.

Falsafah kerajaan diterajuinya adalah konsep yang membawa kepada perkembangan ekonomi yang memberangsangkan.

“Kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan, maka kuranglah hasil kerajaan dan apabila kurang hasil, kita tidak boleh hendak bantu para petani, pesawah dan nelayan.

“Sebab itu Alhamdulillah, sewaktu saya mengambil alih kepemimpinan negara sampai ke hari ini, setiap tahun pukul rata ekonomi kita berkembang sekali ganda daripada ekonomi dunia,” katanya seperti yang dilaporkan media tempatan.

Pada masa ini, setiap pesawah menerima bantuan khas daripada kerajaan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, seramai 325,518 pesawah dari seluruh negara menerima bantuan khas berjumlah RM150 juta.

 Kerajaan berjanji bantuan khas pesawah akan dinaikkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional  mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14  - Kedahnews.com

#BersamaBN
#UndiBN
#KekalBN
#HebatkanNegaraku
#TsunamiPHitnah
#FakeNews

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com