Cuaca Baik Pada 9 Mei, Tiada Masalah Untuk Keluar Mengundi


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia dijangka tidak berdepan masalah untuk keluar mengundi Rabu ini apabila ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menunjukkan cuaca cerah di kebanyakan negeri.

Menerusi laman webnya, MET Malaysia bagaimanapun meramalkan ribut petir, hujan sekejap-sekejap dan mendung pada sebelah petang, antaranya di Pulau Pinang dan di beberapa tempat di Johor.

Antara lokasi tersebut ialah Segamat, Labis, Ledang, Kluang, Pagoh, Bakri, Simpang Renggam dan Sembrong.

Mereka yang berada di lokasi terbabit dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi.

Bagi warga Kuala Lumpur,  Labuan serta Melaka, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang, kecuali di satu dua tempat yang akan mengalami ribut petir.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com