Chow Kon Yeow Dilantik Ketua Menteri Pulau Pinang Ke-5


GEORGE TOWN - Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow diumumkam sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kelima menggantikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini menjawat Menteri Kewangan dalam barisan Kabinet baharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah Ketua Menteri baharu itu akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan (PH)  Pulau Pinang yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekal kemenangan apabila memenangi 12 kerusi Parlimen dan 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PKR memenangi kerusi Parlimen Balik Pulau, Bukit Mertajam, Tanjong, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Jelutong, Bukit Gelugor, Bagan, Nibong Tebal, Bayan Baru, Permatang Pauh dan Bukit Bendera manakala Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan dua kerusi Parlimen iaitu di Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Bagi kerusi DUN, BN memenangi dua kerusi manakala Pas hanya memperoleh satu kerusi di DUN Penaga. 

Sumber: K! ONLINE

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com