CCTV Buktikan Calon PKR Tidak Datang Ambil Pas Perakuan Calon


REMBAU – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat daerah Rembau menunjukkkan calon gabungan parti pembangkang berlogokan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S.Streram tidak datang ke pejabat itu bagi mengambil pas perakuan calon yang dikeluarkan oleh Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, rakaman CCTV itu juga membuktikan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya beliau bersengkongkol dengan SPR untuk menghalang Streram memasuki pusat penamaan calon di sini pada 28 April lalu adalah satu fitnah jahat.

“Tuduhan bahawa saya dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) bersengkongkol dengan SPR adalah satu fitnah yang besar. Jangan juga kaitkan saya dan Tok Mat dengan pegawai SRP hanya kerana keahlian mereka dalam UMNO.

“Banyak tuduhan palsu dikeluarkan termasuk dalam meminta minta `tag ‘ (pas perakuan calon SPR) tetapi tidak dapat. Rakaman cctv membuktikan bahawa beliau tak pergi pun minta `tag’,” katanya dalam satu kenyataaan di Facebook kelmarin

Streram yang juga calon pembangkang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tidak dapat menghantar borang penamaan calon selepas dia dihalang memasuki pusat penamaan calon di Rembau oleh petugas keselamatan kerana tidak mempunyai pas perakuan calon yang dikeluarkan oleh SPR.

Berikutan itu, pegawai pengurus pilihan raya (RO) di pusat penamaan calon tersebut mengumumkan Mohamad menang tanpa bagi bertanding bagi kerusi DUN Rantau.

Streram mendakwa beliau telah pergi ke pejabat daerah pada 27 April lalu kira-kira pukul 6.30 petang bagi mendapatkan pas perakuan SPR tersebut, tetapi pejabat berkenaan telah ditutup.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau percaya isu diperbesarkan oleh pembangkang sebagai pencetus kepada gelombang fitnah yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari ini untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

Sementara itu, kata Khairy Jamaluddin, beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan selanjutnya keatas Rafizi memandangkan tempoh yang diberikan kepada Rafizi menarik balik tuduhannnya telah tamat.

“Rafizi saya akan jumpa saudara di mahkamah. Saya nak hentikan budaya fitnah saudara,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com