Calon PAS, BN Sungai Petani Kena Serang Dengan Parang


ALOR SETAR- Berhubung tindakan agresif dan keterlaluan seorang lelaki berusia 50-an yang menyerang calon BN, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dan calon PAS, Shahrir Long dengan menggunakan senjata tajam parang, satu laporan polis telah dibuat.

Wakil calon BN P15 Parlimen Sungai Petani tampil membuat laporan polis susulan tindakan dan provokasi melampau itu.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Shahanim sedang  berkempen di Pasar Malam Taman Kempas, Sungai Petani dan kebetulan bertembung dengan Shahrir lokasi sama semasa kedua-dua calon sedang bergambar.

Saksi kejadian, Maznah Halim, 42, berkata, ketika jentera sampai ke lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 petang, lelaki berkenaan mula menghamburkan kata-kata kesat walaupun sudah dikawal petugas calon.

“Nasib baik ada beberapa petugas lelaki BN dan petugas PAS yang cuba menghalang sebelum dia bertindak lebih jauh,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda semalam petik Sinar.

Tegas Maznah, laporan polis dibuat sebagai tujuan keselamatan selain menggesa siasatan dijalankan bagi mengelakkan kejadian berulang. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com