Calon BN Yoo Wei How, Tan Eng Hwa Mahu Beri Khidmat Lebih Baik Untuk Penduduk Alor Setar


Di sebalik keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekutunya untuk mempertahankan Palimen Alor Setar pada pilihan raya umum ini, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yoo Wei How nampak tenang sahaja.

Yoo, bekas Ahli Dewan Negara sebenarnya telah sekian lama menjalin hubungan dengan penduduk Alor Setar berbanding pencabarnya daripada PKR Chan Ming Kai, yang berasal dari Ipoh.

Tiada penduduk yang kenal Chan, bekas ADUN Indera Kayangan, Perlis  yang datang untuk menggantikan Gooi Hisao Leung yang berhijarah ke Pulau Pinang.

Bagi Yoo beliau bersama pemimpin UMNO telah masuk di kampung-kampung Melayu di pinggir bandar termasuk di kawasan DUN Alor Mengkudu, Suka Menanti dan Kota Darulaman untuk membantu dan melihat permasalah yang penduduk hadapi.

Gerak kerja ini telah berlaku sejak hampir lima tahun lalu selepas BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Alor Setar.

Parlimen Alor Setar mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina dan selebihnya pengundi India dan keturunan lain.

" Saya tidak pilih kasih jika hendak bantu penduduk Alor Setar, " kata Yoo kepada media. 
Yoo menjelaskan beliau amat bergantung kepada pengundi Melayu selain pengundi Cina, kerana tanpa sokongan dua pihak itu BN tidak akan dapat pertahankan Alor Setar.

" Respons pengundi pada kali ini lebih baik dan saya  yakin BN akan kembali menguasai Alor Setar. Lagu pun sudah dua penggal pembagkangg menang, " kata Yoo yang jua Pengerusi Organisasi  MCA.

Pada PRU14 ini,  Yoo akan dicabar oleh calon baharu daripada PKR, serta calon PAS,  Mohammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh. 

Pada PRU13, PKR yang diwakili Gooi Hsiao-Leung menang dengan kelebihan undi 1,783 undi.
Yoo menyeru penduduk terutama pengundi agar tidak salah pilihan kerana yang rugi adalah penduduk Alo Setar sendiri kerana tiada peruntukkan tahun memilih pembangkang lagi.


Sementara itu calon muka baru  BN bagi Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman,  Tan Eng Hwa amat berharap ada perubahan pada PRU ini walaupun kawasan itu dimenangi DAP sejak dua penggal. 

Menurut Tan Kota Darulaman mempunyai 60 peratus pengundi Cina dan 30 Melayu.

"Saya nampak peluang BN untuk menang lebih baik daripada PRU13, kita ada peluang tawan balik dalam pertandingan empat penjuru, tapi kita ada kelebihan," kata yang berasal dari Alor Setar dan bekerja di bandar ini.

Beliau yang juga Naib Ketua MCA bahagian bertekad untuk membaiki penkhidmatan kepada rakyat bukan sahaja kepada masyarakat Cina tetapi orang Melayu dalam bandar.

Menurutnya dalam lawatannya ke rumah, ada kawasan yang sebelum ini 'hitam' tetapi kini berjaya ditembusinya berdasarkan khidmat yang diberikan oleh kerajaan dan parti. 

Tan  akan menentang calon DAP Teh Swee Leong (PKR), Zulkifli Che Haron (PAS) dan Tan Kang Yap (PRM). - Kedahnews.com

 #JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com