Calon BN DUN Guar Cempedak Sudah Ada Pengalaman Tiga Penggal


ALOR SETAR - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail mempunyai keistimewaan pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) kali ini disebabkan beliau mempunyai kelebihan berpengalaman selama tiga penggal sebagai wakil rakyat di Dun Guar Chempedak.

Kelebihan itu menjadikan Ku Rahman disenangi rakyat di kawasan itu dan sepanjang minggu berkempen segala aktiviti yang diatur berjalan dengan lancar.

Jelasnya, beliau bersyukur kerana banyak yang memberi tunjuk ajar kepadanya sepanjang tiga penggal bersama dan berbekalkan pengalaman itulah beliau bersemangat untuk terus menabur bakti dalam bidang ini.

“Saya mula bertanding pada 2008, dua hari sebelum bertanding baru saya tahu nama saya dipilih sebagai calon. Masa tu memang kurang pengalaman dan hanya ikut telunjuk orang sahaja,” katanya petik Sinar Harian.

Berikutan keyakinan itu, beliau mahu terus memastikan kerusi Dun Guar Chempedak dipertahankan dan berada dalam genggaman BN.

Tambah Ku Rahman, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut banyak membantu dirinya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat dan memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan.

“Sebelum diumumkan sebagai calon lagi kami diminta untuk melakukan kerja-kerja turun padang membantu rakyat.

“Kita nak pastikan kerajaan BN memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira musim pilihan raya mahupun tidak,” katanya. - Kedahnews.com


#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14
#GE14
#UndiBN
#BR1M
#ManifestoBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com