Calon BN DUN Alor Mengkudu Disukai Penyokong Parti Lawan


Riuh-rendah orang ramai di pasar 'jualan runtuh' berhampiran Masjid Alor Mengkudu, dekat Alor Setar  pagi Khamis semalam.

Dalam ramai-ramai itu hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Alor Setar, Datuk Yoo Wei How dan calon BN bagi DUN Alor Mengkudu, Abdul Malik Saad. 

Pasar pagi itu diadakan khas untuk orang ramai terutama suri rumah membeli barang keperluan dapur termasuk gula dan daging dengan harga cukup rendah.

Kehadiran dua calon BN itu disambut baik orang ramai secara santai. 

Namun bagi Abdul Malik, pasar seumpama itu adalah antara cadangan untuk memberi peluang penduduk Alor Mengkudu mendapat barang keperluan dengan harga yang lebih rendah berbanding tempat lain. 

Ini bermakna walau pun ada GST, harga barang yang dibeli tidak mahal seperti yang dibawa oleh pembangkang.

Sambutan penduduk amat mengalakkan hingga mereka berebut untuk membeli barangan yang diperlukan.

Walaupun belum lagi bergelar wakil rakyat, penduduk sudah meminta beliau mengadakan pasar seumpama itu diadakan lebih kerap atau kekal.


Kesempatan berada di pasar pagi itu, memberi peluang kepada Abdul Malik dan Yoo memperkenalkan diri mereka kepada orang ramai yang datang.

Malik yang berasal dari Alor Melintang dalam DUN Alor Mengkudu sebenarnya sudah dikenali oleh penduduk kerana beliau adalah penyelaras DUN itu sejak lima tahun lalu apabila kawasan itu dimenangi pembangkang.

Malah kebanyakan penduduk dalam kawasan itu mengenalinya berikutan khidmatnya kepada masyarakat  dalam kawasan tersebut.

Oleh itu tidak hairanlah kehadiran Malik disenangi orang ramai termasuk penduduk bukan Melayu selain penyokong parti lawan. 
   
Semasa kempen pilihan raya umum ke 14 ini, beliau terus giat menemui lebih ramai khalayak sama ada mereka penyokong BN atau parti lawasan.

Sikap beliau yang mudah mesra dan kesediaan membantu mereka yang memerlukan bantuan, menyebabkan beliau dsenangi penduduk Alor Mengkudu termasuk penyokong  yang sebelum ini 'kebal' dengan PAS.

Dalam kempen pilihan raya, parti lawan tidak menyerangnya secara peribadi kerana  mungkin kerja baik  yang dipamerkan oleh Malik kepada penduduk tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

Malah ada ketikanya beliau  bersama pemimpin parti lawan untuk sama bergotong-royong.

Pada PRU14 ini Abdul Malik, 52 akan bertanding menentang dua calon pembangkang, iaitu Ahmad Yahaya daripada PAS selakukan penyandang kawasan itu.

Malik dan Ahmad akan dicabar calon daripada PKR, Datuk  Phahrolrazi Zawawi yang mewakili Parti Amanah Negara (PAN) yang sebelum ini penyandang  DUN Pengkalan Kundur dalam Parlimen Kuala Kedah.

Tanpa mengira siapa lawannya, Abdul Malik, beliau merayu pengundi memberikan keyakinan kepada beliau untuk membolehnya meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu. 

"Banyak rancangan untuk rakyat hendak dibuat jika penduduk bersama BN kerana DUN Alor Mengkudu dan Parlimen Alor Setar adalah dalam satu kawasan yang sama dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.   - Kedahnews.com

#KekalBN
#UndiBN
#BersamaBN
#TolakDAP
#PakatanDAP


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com