Calon BN Bukit Lada Pujuk Pengundi Hingga Ke Pondok PAS Di Pokok Sena


ALOR SETAR - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Pokok Sena, Datuk Ariffin Man terus menggiatkan kempennya akhir hingga ke markas dan pondok panas PAS.

Namun kehadiran beliaudisambut baik termasuk calon PAS Parlimen Pokok Sena, Muhamad Radhi Md Din yang juga bekas pemian bolasepak kebangsaan dan negeri. 

Ariffin yang juga bekas ADUN Bukit Lada akan ditentang oleh Mohamad Aizad Roslan (PKR) dan Salim Mahmood (PAS) serta calon Bebas, Mohd Ismail Othman.

Sementara itu Ariffin ketika ditemui berkata, peluang BN untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Lada dan merampas semula Parlimen Pokok Sena amat cerah berdasarkan respons yang diterima daripada pengundi.

Kerjasama PAN, PKR dan PPBM dengan DAP merupakan antara faktor lain yang turut memberikan kelebihan kepada BN kali ini.

"Rakyat menolak PKR kerana berselindung di belakang DAP sementara pertembungan PAS - PKR juga ada 'faedahnya' kepada kita, " katanya.  

Namun demikian kata Ariffin BN juga mahu kemenangan semua kawasan DUN termasuk Bukit Pinang dan Derga yang turut ditanding oleh PAS dan wakil DAP.

Dalam tempoh berkempen itu BN turut memujuk penyokong PAS yang berbelah bahagi untuk memilih antara PAN dan PAS. 

Dalam hal itu Ariffin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian dan Setiausaha Kerja BN negeri  berusaha masuk ke kubu PAS termasuk mendampingi mereka agar menyokong BN.

Walaupun Pokok Sena dikuasai pembangkang, UMNO dan BN telah mengambil berat hal-hal penduduk  termasuk membantu mereka tanpa mengira fahaman politik sejak kakwasan  itu dimenangi pakatan pembangkang.

Bagi Parlimen Pokok Sena, BN menyandarkan harapan kepada Datuk Said Ali Rastan bagi menentang Mahfuz dan Radhi. 

Sementara itu bagi DUN Derga, Datuk Dr Cheah Soon akan mewakil BN sekali lagi manakala kawasa DUN Bukit Pinang, BN menampilkan anak muda Dr. Muhammad Nawar Ariffin. - Kedahnews.com.

#PRU14
#TolakPakatan
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN
   

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com