Calon Bebas Ahli Parlimen Paling Muda Di Malaysia


KUALA LUMPUR - Sejarah baharu tercipta apabila calon termuda pada Pilihan Raya Umum (PRU14) dari Bebas, P. Prabakaran yang bertanding P.115 Batu menang dengan majoriti 24,438 undi.

Prabakaran mengalahkan  tiga pencabarnya yang lain dari Barisan Nasinal (BN), Dominic Lau Hoe Chai, Azhar Yahya (Pas) dan VM Panjamothy (Bebas).

Prabakaran memperoleh 38,125 daripada 76,328 keseluruhan undi.

Kerusi Batu sebelum ini disandang Naib Presiden PKR Tian Chua dari PKR sejak 2008.

Namun pada PRU kali ini pencalonan Tian Chua ditolak pegawai pengurus pilihan raya atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac tahun ini, mengenakan denda RM2,000 ke atas beliau kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com