Bukan #TsunamiMelayu Sebaliknya #TsunamiPHitnah!


KUALA LUMPUR – Bukan Tsunami Melayu yang kelihatan sedang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sebaliknya Tsunami Fitnah oleh gabungan pembangkang yang berlogokan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada hari penamaan calon beliau dan Calon DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dituduh menghalang calon gabungan pembangkang itu mengemukakan borang penamaan calon.

“Datuk Seri Tiong Lai (pemimpin MCA) pula dituduh tidak bawa kad pengenalan (pada hari penamaan calon).

“Hari ini saya baca Datuk Dr. Asraf Wajdi Dusuki (calon BN Parlimen Pasir Puteh) dituduh memeluk bukan muhrim. Sampai bila kita nak biarkan fitnah ini berleluasa? #TsunamiPHitnah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Penyokong gabungan pembangkang berlogokan PKR iaitu Pakatan Harapan menyebarkan dakwaan di media sosial Calon BN Parlimen Pasir Puteh memeluk perempuan bukan mahram ketika hari penamaan calon.

Asraf Wajdi bagaimanapun dalam satu kenyataan semalam menjelaskan wanita yang beliau peluk itu adalah ibunya, disusuli kakak dan adik-adiknya yang menemaninya ke pusat penamaan calon pada 29 April lalu.

Pakatan Harapan yang dibarisi oleh DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) membuat keputusan hanya menggunakan logo PKR dalam PRU14.

Langkah itu dipercayai bagi memperdaya pengundi PRU14 khususnya pengundi Melayu beragama Islam yang tidak menyokong DAP dan PKR. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com