BR1M Untuk Orang Susah, Mokhzani Tak Apalah Pak Dia Kaya-Raya


TASEK GELUGOR – Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir mungkin tidak perlu bergantung kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia, namun beliau harus sedar betapa besarnya nilai bantuan itu kepada golongan yang memerlukan kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Mokhzani harus sedar kekayaan yang beliau miliki juga bukan sesuatu yang harus dibanggakan, kerana pada zaman ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, Mokhzani mendapat kontrak bernilai berbilion ringgit daripada kerajaan ketika itu.

“Mokhzani tak apa lah, pak dia siapa. Masa pak dia jadi perdana menteri, dia dapat kontrak berbilion tuan-tuan daripada Petronas.

“Tetapi jangan sampai menghina orang, (dia) dah kaya tu kayalah, orang miskin minta pertolongan, kerajaan BN lah yang akan membantu,” katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin bersama Rakyat Parlimen Kepala Batas, di sini kelmarin, petik Awani

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mokhzani semalam, yang dilaporkan sebagai berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan jika menerima BR1M.

Tambahnya lagi, para penduduk yang hadir di Majlis Pemimpin bersama Rakyat Parlimen Kepala Batas di sini.

Beliau berkata, para penduduk yang hadir di Majlis Pemimpin bersama Rakyat Parlimen Kepala Batas di sini.

Sehubungan itu, sebuah portal berita semalam memetik beliau sebagai berkata, rakyat boleh berbangga dan merasa seperti juara sekiranya mereka kaya, dan rakyat boleh berbangga sekiranya mereka menjadi kaya atas hasil usaha keras diri masing-masing.

Dalam pada itu, sewaktu majlis bersama rakyat di Parlimen Tasek Gelugor pula, Najib dalam ucapannya berkata, pengundi Pulau Pinang khususnya harus menilai sejauh mana tahap kecekapan kerajaan negeri di bawah pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

“Pulau Pinang ini contoh janji (Pakatan Harapan) hanya tinggal janji. Mereka mungkiri janji banyak. Rumah mampu milik (sebagai contoh), berapa banyak? Tadak.. Orang India sebut ‘yilek’. Dalam Bahasa Hokkien, dia sebut ‘bo liao’. Banjir berapa kali banjir? saya tengok di sini, hampir 150 kali.

“Ini tak termasuk soal banglo, tak termasuk soal terowong bawah tanah…banyak bab lain. Ini yang saya katakan, jangan termakan dengan pembangkang, mereka ini akan cuba untuk menyajikan kepada kita janji-janji palsu,” katanya lagi.

Menurut Najib, ini berbeza sama sekali dengan rekod pencapaian BN yang mana 99.4 peratus janji dalam manifesto untuk pilihan raya umum yang lepas, telah ditunaikan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com