Bos Felda, Felcra Jumpa Majlis Penasihat Kerajaan


KUALA LUMPUR - Wakil dari Felda dan Felcra dipanggil menghadiri mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan.

Dipercayai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Zulkarnain Md Eusope merupakan antara yang hadir pada mesyuarat itu.

Wakil lain termasuk Pengerusi Felda Investment Corp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Mesyuarat bermula pukul 10 pagi Jumaat.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com