BN Tampilkan 92 orang Calon Wanita Dalam PRU14


SEJAK dari zaman pra kemerdekaan lagi, wanita memainkan peranan yang amat penting dalam negara kita. Kerajaan Barisan Nasional(BN) memberikan penghargaan yang tinggi kepada mereka. Program ‘Ratu Hati Negaraku’ yang dizahirkan menerusi manifesto utama BN bakal menjadi platform dalam memartabatkan golongan wanita di negara ini.

Tahukah anda BN menampilkan 92 calon wanita berbanding 40 calon pada PRU13 dan 36 calon wanita pada PRU12. 727 kerusi dipertandingkan pada pilihan raya umum ini iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN.

Seramai 251 wanita dicalonkan untuk bertanding sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada jumlah keseluruhan 2,333 calon pilihan raya umum kali ini.

Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, PAN dan PPBM meletakkan seramai 85 calon wanita daripada 660 calon yang bertanding. PAS pula meletakkan 36 calon wanita daripada jumlah 548 calon yang bertanding

Parti Warisan menampilkan sembilan calon wanita, Harapan Rakyat (HR) (tujuh); Parti Rakyat Malaysia (PRM) (lima); Penang Front Party (PFP) (tiga); People’s Action Party (PAP) (dua); Parti Cinta Sabah (PCS) (dua) dan lima wanita bertanding sebagai calon Bebas.

Calon-calon wanita terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai kelayakan akademik yang bukan calang-calang, dengan ada di antara mereka bekerjaya sebagai peguam, doktor, bekas guru dan memegang jawatan utama dalam parti yang diwakili.

Peningkatan bilangan calon wanita berbanding PRU13 membuktikan BN komited dengan janji-janji memperkasakan kedudukan wanita dalam semua sektor termasuklah dalam bidang politik.

Para penganalisis politik juga berpendapat pencalonan wanita dilihat sebagai strategi menarik undi pengundi wanita yang terdiri daripada 67 peratus daripada jumlah keseluruhan 14.9 juta pengundi berdaftar.

Malah calon wanita juga mempunyai kelayakan kerana telah melalui saringan yang ketat daripada senarai calon berpotensi lelaki dan perempuan. Peningkatan jumlah wanita dalam senarai calon BN merupakan testimoni kepada komitmen kerajaan dalam memperkasakan golongan itu.

Manifesto BN sememangnya telah meletakkan golongan wanita pada kedudukan paling istimewa. Daripada 364 inisiatif yang terkandung dalam manifesto BN, lebih 80 peratus daripadanya adalah untuk menjayakan dan membahagiakan wanita serta golongan muda di negara ini.

Sumber: pru14.tv

#RatuHatiNegaraku
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#WanitaBahagia
#WanitaBerjaya

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com