BN Sentiasa Prihatin Veteran Tentera


BUIKIT BERUNTUNG  - Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengenepikan golongan veteran tentera yang selama ini berkorban menjaga benteng pertahanan negara.

Pembelaan terhadap golongan itu tetap menjadi keutamaan, malah setiap permasalahan dibangkitkan akan ditangani dengan sewajarnya.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan, berkata keprihatinan kerajaan terhadap bekas perajurit negara membuatkan mereka tidak sedikit pun terpinggir daripada menikmati manfaat disediakan Kerajaan Persekutuan.

"Saya berkeyakinan tinggi bahawa Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh BN dan berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan Malaysia) ini amat membela veteran tentera.

"BN tidak pernah mengenepikan, apatah lagi meminggirkan agenda untuk veteran tentera ini. Kita dapat lihat pembelaan terhadap golongan ini terlaksana dan pelbagai inisiatif serta bentuk pertolongan diberikan kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas program Jalinan Kasih bersama Hishamuddin di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya di sini, petang baru-baru ini.

Turut hadir, calon Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan, calon DUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar dan calon DUN Kuala Kubu Bharu, Datuk Wong Koon Mun.

Mat Nadzari berkata, beliau yakin veteran tentera terutama di Selangor akan terus memberikan sokongan kepada BN yang tidak pernah lupakan jasa dan pengorbanan mereka.

Menurutnya, sokongan berterusan itu dapat memastikan segala agenda yang rancang dapat dizahirkan selepas ini dan tidak mustahil selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lebih banyak agenda untuk kesejahteraan veteran tentera akan dilaksanakan.

"Saya sendiri secara peribadi mendengar suara mereka dan pengerusi veteran tentera Hulu Selangor juga memainkan peranan sebaiknya dalam menangani setiap perkara yang ditimbulkan.

"Hubungan baik saya dengan Hishamuddin memudahkan saya menyampaikan terus permasalahan yang berlaku kepada beliau dan ia diselesaikan dengan baik," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com