Bilik Operasi PPBM Pasir Mas Ditutup


PASIR MAS  - Calon gabungan pembangkang PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Dr. Wan Zulkhairi Wan Mohd. Zin menerima tamparan hebat apabila PPBM Bahagian Pasir Mas secara rasminya menutup pusat operasi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Ketua Bahagian PPBM Pasir Mas, Mat Samsudin Samat berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya berang dengan tindakan pengerusi PPBM negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor yang tidak mengotakan janji dalam pemilihan calon kerusi berkenaan untuk DUN Tendong.

“Sebelum ini Kamarudin berjanji untuk meletakkan anak tempatan sebagai calon bagi kerusi berkenaan selepas mengambil kira sentimen pengundi.

“Namun beliau mungkir janji apabila menamakan orang luar sebagai calon berbanding anak tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Kampung Gaung, Tendong di sini semalam.

Mat Shamsudin memberitahu, tindakan itu jelas mengetepikan suara akar umbi apabila membawa calon luar.

Katanya, pada awalnya PPBM Bahagian Pasir Mas telah mengemukakan tiga nama untuk diangkat sebagai calon.

“Salah seorang calon itu adalah saya sendiri, Naib Pengerusi gabungan pembangkang PKR, Nuur Zabar Kamal Nordin dan Zahid Harun.

“Ini adalah maklumat yang saya diperoleh daripada ketua bahagian,” ujarnya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com