Bila Nampak Duit Terus Jadi Islam -Tun M Persenda PAS


ALOR SETAR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempersendakan parti PAS dengan bercanda mengenai cara PAS menilai Islam.

Mahathir yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, berkata PAS hari ini bukan lagi seperti dulu kerana didakwa beliau sudah dikaburi wang ringgit.

"Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.

"Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja "duit.

"Bila nampak duit boleh la jadi Islam.

"Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu," katanya dalam ceramah sempena program Jelajah Pakatan Harapan di Padang Sera, Jerlun semalam.

Mahathir turut mengulangi tuduhan bahawa PAS menerima wang daripada UMNO.

"Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior (kelapa) nak pasang bendera, tetapi lani (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit...mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.

"Bulan (PAS) ni sedih, dulu seketul keras macam batu, tetapi sekarang dah pecah sebahagian jadi Amanah (Parti Amanah Negara) dan banyak lagi dah keluar, termasuk Nik Omar (Nik Omar Nik Aziz) anak Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang tau PAS bukan lagi seperti zaman bapanya.

"Ini semua karut sahaja dan (PAS) guna agama untuk pancing undi," katanya memetik BH Online. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah#UndiBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com