'Biarlah Tun M Kata Apa Saja' - TPM


BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon pembangkang Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, boleh berkata apa sahaja terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana penyertaan Dr Mahathir dalam pilihan raya kali ini adalah yang pertama dan terakhir baginya di atas tiket pembangkang.

"Ini juga adalah disebabkan faktor usia beliau yang sudah mencecah 93 tahun.

"Dia boleh bercakap sedemikian pada kita dalam BN kerana inilah kali pertama dan terakhir beliau bertanding dalam PRU (Pilihan Raya Umum) atas nama parti lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Projek Hab Automotif dan Kenderaan Komersil Tan Chong Motor di Pusat Media Parlimen Bagan Datuk di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang sering diulang Dr Mahathir dalam ceramahnya untuk menjatuhkan Najib dengan apa cara sekalipun.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan mengambil tindakan terhadap semua bekas tokoh UMNO yang bertindak khianat dengan mencerca parti itu dan BN di pentas ceramah pembangkang.

"Perkara ini diputuskan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan selepas 9 Mei, selepas kita mencapai kemenangan tindakan akan diambil kepada sesiapa yang menentang parti," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com