Bersatu Gagalkan DAP Pada PRU-14


KUALA LUMPUR - Melihat dominasi DAP terhadap PKR, PAN dan PPBM jelas menunjukkan betapa parti itu hanya berpegang kepada agenda mereka dan menunggu masa untuk merealisasikan impian Malaysian Malaysia.

Lihatlah apa yang terjadi di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), pergolakan besar berlaku di negeri ter-sebut berikutan tindakan DAP memperkudakan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin demi kepentingan parti sendiri.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Perwira Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azlan Abu Bakar ber-pendapat, rakyat perlu sedar dan bersatu padu untuk menghalang cita-cita DAP untuk menjadi pemerintah negara.

“Sedih sekali pada hari ini, terdapat pemimpin serpihan Pas dan UMNO sanggup bersekongkol dengan DAP untuk membentuk kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sebab itu, DAP pada hari ini dilihat semakin yakin dan mula menunjukkan kesombongan kerana cita-cita mereka untuk memerintah negara semakin hampir direalisasikan kerana mendapat pertolongan daripada pemimpin parti-parti Ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengulas lanjut, Azlan berpendapat, DAP licik mempergunakan kesempatan terhadap pergeseran yang berlaku antara pemimpin-pemimpin Melayu dengan menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan dan boneka untuk me-raih perhatian rakyat.

Katanya, dasar DAP yang berpaksikan kepentingan kesamarataan semata-mata akan membuatkan rakyat tanpa mengira kaum merana sekiranya gabungan pembangkang PKR berjaya memenangi PRU-14.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com