Beri Ruang Pemilihan Baharu, Aminuddin Bakal Letak Jawatan Setiausaha Kehormat KFA


ALOR SETAR – Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar akan melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat.

Menurut Aminuddin, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.

Sungguhpun jawatan tersebut bukan atas dasar politik, namun beliau menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang mahukan perubahan dalam KFA, katanya memetik Bernama.

Sementara itu, Aminuddin turut menafikan kononya beliau akan ‘lompat parti’ untuk menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat kekalahan BN pada PRU itu.

PRU14 menyaksikan Aminuddin kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri Jitra.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengambil keputusan meletakkan jawatan tersebut seperti kebiasaan dilakukan oleh menteri besar sebelum ini. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com