Belum Tentu Mahathir Dilantik PM Ke-7


PEMILIHAN Perdana Menteri ke-7 negara akan ditentukan oleh Yang Dipertuan Agong, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata beliau, ini berikutan tidak ada mana-mana parti pun yang berjaya membentuk simple majority atau majoriti mudah di Parlimen.

Beliau mengumumkan demikian melalui satu sidang media khas sebentar tadi.

Tun Dr Mahathir dijadualkan sepatutnya mengangkat sumpah awal pagi tadi tetapi upaca itu ditunda ke satu tarikh yang belum dinyatakan.

Ketika ini wujud spekulasi bahawa Dr Mahathir mungkin bukan calon pilihan yang dipertuan agung dan itu menjadi punca upacara mengangat sumpah tidak diteruskan pagi ini.

Mengikut keputusan kiraan undi terakahir malam tadi, kedudukan setiap parti adalah seperti berikut;

Barisan Nasional – 79 kerusi Parlimen.

DAP – 42

PKR – 49

Amanah – 10

Bersatu – 12

PAS – 18

Warisan – 8

Star – 1

Bebas – 3

Parlimen Malaysia terdiri daripada 222 kerusi dan mana-mana parti bertanding memerlukan minimum 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.


Berdasarkan keputusan akhir malam tadi, nyata belum ada mana-mana parti boleh mendabik dada mengakui mereka sudah boleh memerintah negara ini. 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com