Bekas Wakil Rakyat Zaman Tun Mahathir Turun Kempen Untuk Kalahkannya


SALAH seorang bekas wakil rakyat Langkawi di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tidak henti-henti melakukan pertolongan membantu kempen terhadap Barisan Nasional dalam PRU14.

Datuk Paduka Abu Bakar Taib yang juga merupakan Orang Besar Tiga Puluh Dua Negeri Kedah Datuk Wira Mahkota tidak berhasrat untuk duduk diam di rumah, sebaliknya menggunakan masa rehatnya untuk ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN yang ada di seluruh Langkawi pada setiap malam.

Anak jati Kampung Raja, Padang Matsirat, Langkawi itu pernah bergelar ADUN Kuah pada tahun 1990 sebelum dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah dan bergelar Ahli Parlimen Langkawi untuk empat penggal berikutnya sebelum tidak lagi dicalonkan dalam PRU13 yang lepas.

Melihat kepada persaingan sengit di peringkat parlimen antara penyandang Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Dr Mahathir, Abu Bakar tampil memberi nasihat kepada semua jentera BN di Langkawi supaya tidak berhenti melakukan kerja-kerja parti dan kempen.

Ketika ditemui di sebuah PDM baru-baru ini, Abu Bakar turut berpandangan bahawa Dr Mahathir mungkin akan menemui kekalahan sekiranya semua jentera BN mengenepikan segala persengketaan atau rasa tidak puas hati (sekiranya ada), dan terus fokus membantu kemenangan Nawawi di Langkawi.

Bagi Abu Bakar, walaupun di media sosial begitu ramai yang menentang pihak kerajaan, namun pada hakikatnya majoriti penduduk Langkawi masih yakin dan mahu BN terus berkuasa di Pulau Mahsuri tersebut.

Dalam rekod cemerlang bertanding dan menang di empat kali PRU bagi kerusi parlimen sejak 1995, Abu Bakar dilihat mempunyai pengaruh yang masih kuat dalam kalangan pengundi di pulau tersebut.

Malah, auranya begitu menyerlah ketika mana beliau turun menjengguk PDM pada setiap malam.

Sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat BN di zaman pemerintahan Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Abu Bakar tidak pernah menafikan akan segala jasa dan pengorbanan yang ditabur mereka terhadap Langkawi.

Bagaimanapun, semua jasa dan pengorbanan itu mampu dilaksanakan oleh Dr Mahathir apabila dia memiliki kuasa sebagai Presiden UMNO / Pengerusi BN dan Perdana Menteri.

Andai kata pengundi di Langkawi menyokong dan mengundinya pada PRU14 kali ini, berkemungkinan penduduk setempat tidak akan memperoleh kesenangan seperti sekarang lagi kerana Dr Mahathir sekadar mampu bergelar Ahli Parlimen Langkawi, namun Pakatan Harapan masih tidak mampu membentuk kerajaan di Putrajaya.

Dalam kesimpulannya, sebagai seorang bekas wakil rakyat pada zaman Dr Mahathir, Abu Bakar menasihati para pengundi terutama anak muda untuk tidak memilih calon selain dari BN. 

Sumber: TV14


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com