Banyak Kali Tersasul Ketika Ceramah, Tun M Sebenarnya Sudah 'Nyanyuk'


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tersasul di khalayak ramai mengatakan calon-calon di hadapan beliau adalah calon Barisan Nasional (BN).

Sejurus selepas itu, ribuan hadirin yang berada di situ ketawa dengan kesilapan Dr Mahathir.

“Di sini, diwakili kawan saya, dan beberapa orang calon-calon Barisan, ops… calon-calon Pakatan Harapan. Itu terseliuh. Kadang-kadang bercakap dia ingat langkah lama,” katanya semasa berucap pada Majlis Jelajah Harapan di Kerinci pada Khamis.

Namun, ini bukanlah kali pertama bekas perdana menteri itu tersasul.

Sebelum ini, Dr Mahathir juga pernah tersasul apabila meminta pengundi agar tidak menyokong PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

Kesilapan Dr Mahathir ketika itu turut mengejutkan pada hadirin yang hadir.

Namun beliau yang menyedari kesilapan itu, hanya tergelak kecil dan dengan pantas membetulkan kenyataannya sebelum meneruskan ceramah.

Terdahulu, calon PKR Parlimen Langkawi itu juga pernah tersasul ketika mengumumkan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu sebagai 'Presiden UMNO'. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#DosaDosaMahathir
#SinOfMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com