Bantuan Aidilfitri Kakitangan Awam Johor 28 Mei


JOHOR BAHRU – Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 yang diumumkan kerajaan Johor kepada penjawat awam negeri pada pembentangan Bajet 2018, akan dibayar pada 28 Mei ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani berkata pemberian itu telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 14 Mac lalu.

Ia melibatkan seramai 19,105 penjawat awam, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pemberian bantuan khas kewangan ini… akan memeriahkan lagi sambutan lebaran pada kali ini,” katanya.  – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com