Balu Ibrahim Libya Benci Bila Dengar Nama Mahathir


ALOR SETAR - Nak dengar nama Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah meluat inikan pula nak menghadap mukanya, itulah luahan hati kecewa balu Allahyarham Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim Mahmud.

Solehah Husain, 65, mengakui bukan sahaja sangat sedih bahkan terlampau kecewa apabila Pengerusi gabungan pembangkang PKR itu tergamak me­nyamakan mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi Memali sebagai ‘mati katak’.

Ujarnya, perasaan benci berbuak-buak apabila mendengar nama bekas Perdana Menteri itu berikutan kenyataan yang dibuatnya dalam ceramah kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Kuala Lumpur kelmarin.

“Orang mati molek (elok) kata mati katak, tak boleh, makcik bencilah dekat Mahathir. Tak mahu tanya apa dah pasal Mahathir. Malas nak bagi statement ba­nyak-banyak, makcik benci tengok Mahathir,” katanya memetik Utusan.

Kelmarin, Mahathir tanpa sebarang rasa bersalah men­dakwa 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid ketika berceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut berkata Ama­nat Haji Hadi yang dibuat Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 menjadi punca kepada segala yang berlaku termasuklah peristiwa hitam ter­babit dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyebabkan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap Ibrahim Libya kerana didakwa mengancam keselamatan serta mengamalkan ajaran sesat. - Kedahnews.com

#HarapanPalsu
#HarapanBohong
 #TolakDAP
#PakatanDAP
#SinsofMahathir         

#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com