ATM Rampas 170kg Daun Ketum Bernilai RM15,300


ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan Rondaan Batalion Kedua Rejimen Renjer DiRaja (2RRD) merampas 170 kilogram daun ketum bernilai RM15,300, kira-kira 6 petang Sabtu.

Menurut Panglima 6 Briged Brig Jen Abdul Aziz Ismail, pasukan terbabit menemukan tujuh guni berwarna putih yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran itu di sekitar kawasan rondaan berhampiran Pos Sahara.

“Hasil pemeriksaan berjaya merampas lebih kurang 1,500 ikat daun ketum seberat 170kg dengan anggaran nilai RM15,300.

“Penyeludupan daun ketum ke negara jiran ini semakin berleluasa disebabkan permintaan dan harga yang tinggi yang mana sekilogram daun ketum berharga RM90,” katanya memetik laporan Bernama, semalam.

Abdul Aziz berkata daun ketum yang dirampas itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com