Apandi Enggan Ulas Kenyataan PM


PUTRAJAYA  - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, enggan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan beliau, semalam.

"It is better not to comment. Thank you (Adalah lebih baik tidak memberi ulasan. Terima Kasih)," jawapan ringkas Mohamed Apandi menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Terdahulu ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Petaling Jaya, Perdana Menteri berkata Mohamed Apandi akan disiasat mengenai pembabitannya dengan kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir berkata, beliau sudah menggantikan Peguam Negara, yang membersihkan segala salah laku Datuk Seri Najib Razak membabitkan skandal 1MDB.

"Kita sudah membuat sekatan terhadap individu tertentu yang didapati terbabit melakukan kesalahan atau membuat keputusan salah. Jadi, ketika ini kita sudah tidak ada Peguam Negara," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com