Apa Fitnah Terbesar Tun Mahathur Pada Malam 8 Mei Ini…?


JAM di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan masa sudah suntuk sangat. Tindakannya yang hanya berada di Langkawi selama 2 hari semasa proses penamaan calon PRU14 amat tidak baik untuk dirinya selaku calon PKR di kawasan berkenaan.

Walhal, dua lagi pencabar Dr Mahathir iaitu Datuk Ir Nawawi Ahmad dari Barisan Nasional (BN) dan Zubir Ahmad dari PAS sentiasa berada di pulau berkenaan selama 24 jam sehari.

Ya, Dr Mahathir semakin risau. Dia sudah risau akan kalah di tangan penyandang iaitu Ir Nawawi. Seorang pemimpin yang baru sahaja sepenggal bergelar ahli parlimen, yang sebelum ini dianggapnya sebagai ‘budak kanyaq’ yang cukup mudah ditewaskan.

Namun ternyata Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah tersalah percaturan. Dalam kesibukan Dr Mahathir pusing ke seluruh negara (kecuali Sabah dan Sarawak), akhirnya Dr Mahathir sedar tempat yang dia tandinggi mungkin bakal kalah pada malam 9 Mei 2018 nanti.

Justeru, tiga hari sebelum, jentera Dr Mahathir telah membuat propaganda dan sebaran bahawa pada 8 Mei 2018 jam 8.45 malam nanti, Dr Mahathir akan memberikan sebuah ucapan yang dianggap ‘ibu segala ucapan’ dalam PRU14 kali ini.

Dengar khabar, ada sesuatu yang akan diluahkan oleh Dr Mahathir pada waktu tersebut di sebuah dewan cina yang menjadi ‘port‘ untuk Pakatan Harapan berkempen.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Dr Mahathir bukanlah bercakap tentang usaha-usaha Pakatan Harapan kepada rakyat sekiranya mereka menang, sebaliknya dia hanya mengulanggi cerita-cerita karut dan fitnah yang ditaburnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2015 lagi.

Sebagai contoh, isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang sudah pun dijawab sejak tahun 2016 masih diulang-ulang dalam versi yang berbeza agar sedap telinga penyokongnya mendengar.

Malahan, untuk isu 1MDB sebagai contoh, Dr Mahathir dan mana-mana jentera atau pemimpin Pakatan Harapan tidak langsung berani untuk terjah siri penerangan yang di buat oleh CEO 1MDB iaitu Arul Kanda pada setiap hari di seluruh negara.

Jika benar Pakatan Harapan ada bukti yang sahih tentang isu 1MDB, kenapa asyik menyerang Najib dan tidak langsung berani jejak kaki ke program penerangan oleh Arul Kanda?

Percayalah, pada malam 8 Mei nanti, Dr Mahathir dipercayai akan sekali lagi memberitahu tentang fitnah terbesarnya untuk menarik minat pengundi bagi memilihnya pada keesokan hari tersebut.

Inilah peluang terakhir buat Dr Mahathir untuk berkempen di dunia ini. Sekiranya dia menang atau kalah dalam PRU14 kali ini, dia mungkin tidak akan berpeluang lagi untuk bertemu PRU15 akan datang.

Yang pasti, percayalah bahawa Dr Mahathir tiada sebarang isu atau pendedahan skandal baharu untuk menghasut rakyat. Dia akan ulang cakap perkara yang sama, cuma dalam ‘style‘ yang agak berbeza.

Jika kita leka dan kurang menggunakan akal fikiran yang waras, sudah tentu kita akan percaya apa yang keluar dari mulut lelaki berusia 93 tahun itu. 

Sumber – TV14

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com