Anwar Jalani Fisioterapi Di Rumah Jika Dibebaskan


KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima rawatan fisioterapi khas setiap hari di kediamannya selepas dibebaskan dari penjara tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. S. Jeyaindran berkata, rawatan itu diperlukan berterusan oleh suami kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu.

“Kalau dia (Anwar) diampun dibenarkan balik rumah..dia dah pulih tapi memerlukan proses fisioterapi yang lama.

“Kita akan buat satu program fisioterapi untuk dia, jadi dia boleh dapat rawatan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditanya pemberita selepas beliau selesai melawat Anwar di Pusat Rehabilitasi Cheras di sini hari ini.

Menurut Jeyaindran, kunjungan beliau hari ini adalah sebagai rutin lawatan biasa dan mendapati Anwar bertambah pulih dan menunjukkan tahap kesihatan baik.

Ditanya mengenai maklumat Anwar akan dibebaskan Selasa, beliau bagaimanapun tidak tahu mengenainya.

“Itu saya tak tahu. Itu tertakluk kepada pengampunan,” tegas beliau. 

Sumber: MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com