Anwar Ingatkan Daim "Berhati-Hati'....


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tun Daim Zainuddin bahawa walaupun bekas Menteri Kewangan itu boleh menyumbang kepada Pakatan Harapan dan kerajaan baharu namun pada masa sama, beliau perlu berhati-hati.

Hal ini kerana, menurut Ketua Umum Pakatan Harapan yang baru dibebaskan dari penjara dan diberikan pengampunan tanpa syarat itu, wujud kegelisahan terhadap penglibatan Daim dalam skandal terdahulu.

“Orang kata tak perlu ungkit kesilapan masa lalu, yang mana betul, tetapi bagi saya kalau kita mahu bercakap tentang akauntabiliti yang demokratik, ia tidak seharusnya terhad   pada Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri).

“Namun, saya tidak fikir ia harus sehingga menjadi dendam,” kata Anwar seperti dipetik daripada wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di kediaman beliau dekat sini semalam.

Sebagai rekod, sebelum wujudnya kerjasama antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan PKR menerusi PPBM, Daim merupakan antara individu yang lantang dikritik oleh Anwar.

Penasihat PKR itu malah pernah menyifatkan Dr. Mahathir serta Daim sebagai penyebab kepada kapitalisme kroni yang didakwa semakin parah di negara ini.

Daim yang turut berkempen menjatuhkan Najib pada PRU14 teah dilantik Dr. Mahathir sebagai Ketua Majlis Penasihat Kerajaan setelah Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan membentuk kerajaan.

Sumber: - UTUSAN 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com