Anwar Bebas Selasa Ini


KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Selasa ini, kata anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

"Yes (ya)," jawab Nurul Izzah melalui aplikasi WhatsApp apabila diminta mengesahkan mengenai pembebasan Anwar pada Selasa ini.

Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Jumaat lalu berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menyatakan kesediaan baginda untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar.

"Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan," kata Dr Mahathir. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com