Angkat Sumpah PM Ditunda


PETALING JAYA - Istiadat angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh ditunda ke tarikh dan masa yang akan ditetapkan pihak Istana Negara.

"Akan dimaklumkan kemudian," kata sumber Istana Negara.

Terdahulu Dr Mahathir mengumumkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pagi ini.

Ia susulan kemenangan dicatatkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PH memenangi 121 kerusi Parlimen merangkumi 104 kerusi dimenangi PKR, DAP (9) dan Warisan (8).

Sejak itu, satu mesej yang menyatakan siaran langsung majlis istiadat tersebut akan diadakan pada pukul 9.30 pagi Khamis di Istana Negara tular di media sosial.

Bagaimanapun mesej itu disahkan sebagai palsu.

Pihak media yang berkumpul di luar perkarangan istana turut dimaklumkan bahawa istiadat berkenaan tidak akan berlangsung hari ini.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com