Angkat Pukat Jumpat Mayat Lelaki, Myvi Di Tali Air


TUMPAT- Mayat seorang lelaki berbangsa Cina ditemui dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tali air di Kampung Paya Pasir oleh penduduk yang ingin mengangkat pukat di kawasan itu, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang dikenali Loo Thong Hong, 50-an telah ditemui oleh penduduk setempat pada sekitar jam 8.00 pagi tadi.

Lapor Berita Harian Online, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat tiba di tempat kejadian pada jam 10.38 pagi.

Usaha mengeluarkan mangsa dari kenderaan dengan menarik kenderaan berkenaan telah berjaya dilakukan dan mengambil masa selama satu jam.

Seorang saksi, Mohd Faizal Syah Mohamed, 38, berkata dia dimaklumkan petang semalam oleh seorang rakan yang ternampak satu objek di dalam tali air seperti kepingan zink (bumbung kereta).

“Rakan saya itu kemudiannya mendekati objek itu sebelum menyentuh sesuatu iaitu cermin kereta dan dia terus meninggalkan lokasi kerana takut.


“Pagi ini, saya bersama dua rakan ke kawasan itu dan cuba menyelam di lokasi…memang sah ia sebuah kereta namun saya tidak pasti (ketika itu) ada mangsa,” katanya di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sudah dua malam dia cuba menghubungi mangsa namun gagal.

“Kami menghubungi dua telefon bimbitnya banyak kali sejak dua malam lalu tapi tidak berjaya dan apabila diberitahu mengenai penemuan kereta mangsa di sini, saya terus bergegas datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, rakan mangsa, Tea Cheng Eng, 38, diberitahu kematian tersebut dari keluarga mangsa dan kali terakir mangsa dilihat pada malam 30 April lalu.

“Kawan saya yang kini tinggal di Kota Bharu sering datang ke kampung ini kerana pernah menetap di sini sebelum ini.

“Sebaik mendapat tahu berita penemuan sebuah kereta dalam tali air saya segera bergegas ke sini dan memang benar kenderaan itu milik kawan saya,” jelasnya.

Mayat kemudian di bawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com